Anda berada di bahagian:

tahfizkiblah.com.my


Maahad Tahfiz Kiblah - Original

Sila Login Untuk Menggunakan Sistem

Laman Web ini dikemaskini terakhir pada : 23 APRIL 2015 - 11:56AM

SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB RASMI MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini dikawal selia oleh "Automatic System" 24 Jam setiap hari.

MAKLUMAN

1) Dapatkan Berita, Informasi Terkini dan Koleksi Gambar di Facebook Rasmi Maahad Tahfiz Kiblah (KLIK DI SINI)

2) Sebarang permohonan cuti pelajar perlulah mengemukakan surat seminggu awal / 3 hari sebelum untuk diproses. emailkan surat cuti ke cuti@tahfizkiblah.com.my dan hubungi pihak maahad untuk pengesahan. Sebarang kelewatan akan menyebabkan permohonan cuti pelajar ditolak / tidak diluluskan. Kecuali atas sebab-sebab kecemasan sahaja.

- PENTING!!! - 

- Ibubapa / Penjaga sila rujuk Jadual Cuti Balik Kampung untuk kemudahan anda menguruskan urusan pengambilan anak.

JADUAL CUTI BALIK KAMPUNG MENGIKUT TAQWIM MAAHAD

 *****************************************************************************************************************************

- Aliran Keluar / Masuk kenderaan IbuBapa / Penjaga Ke Kompleks Pendidikan YAKIN

KLIK DI SINI

- PENGUMUMAN CUTI -

- TIADA CUTI TERKINI -

- HEBAHAN SEMASA -

 Perubahan Nombor Telefon Maahad

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga, pihak Maahad telah menukar talian KLIK UNTUK LEBIH LANJUT

*************************************************************************

 Pembayaran Yuran

Pihak pengurusan dan pentadbiran menggalakkan kepada semua ibubapa/penjaga untuk pelajar sesi 2015(baru dan lama) membayar yuran menggunakan kaedah Online KLIK UNTUK LEBIH LANJUT

*************************************************************************

Peluang Mebina Kerjaya

Maahad Tahfiz Kiblah mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi Kekosongan Jawatan. KLIK UNTUK LEBIH LANJUT

SEJARAH MAAHAD TAHFIZ KIBLAH

Rating Pengguna: / 10
Kurang BaikTerbaik 

Tahun 2014 merupakan tahun yang ke 18 Maahad Tahfiz Kiblah beroperasi dan telah melahirkan ramai huffaz yang berjaya dan melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi termasuklah Diploma, Ijazah, Master dan PHD. Bermulalah sejarah Maahad Tahfiz Kiblah untuk dikongsikan bersama:

Tahun 1996

Maahad Kiblah Telah ditubuhkan bertempat di Lot 6473 Jalan Tok Dagang, Sungai Merab Jaya. Tempat yang selesa (Sebuah Rumah Banglo) yang boleh menempatkan 35 Orang. Jumlah pelajar pada masa ini seramai 25 orang.

Tahun 1997

Maahad Tahfiz Kiblah telah mendapat tempat tambahan hasil Sumbangan Keluarga Haji Hasan. Sebuah bangunan 2 tingkat yang mempunyai 3 buah kelas di tingkat bawah dan ditingkat atas penginapan [elajar yang mampu memuatkan seramai 45 orang.

Tahun 1998 - 2000

Maahad Tahfiz Kiblah telah melahirkan seramai 10 orang pelajar sulung yang berjaya menamatkan hafazan 30 Juzuk.

Tahun 2001 - 2003

Maahad Tahfiz Kiblah telah bergabung dengan Sekolah Kiblah Lelaki, yang mana telah diterapkan Pengajian Islam, Penghayatan Islam serta bidang-bidang lain yang mampu menjadikan para pelajarnya bukan hanya sebagai penghafaz Al-Quran, malah mampu berdaya saing dengan individu yang lain.

Tahun 2004 - 2006

Maahad Tahfiz Kiblah telah menaik taraf Sitem Pendidikan dengan menganugerahkan serta membantu para pelajar untuk memahami Ilmu Qiraat (Bacaan Al-Quran mengikut Imam-Imam Qiraat).

Tahun 2007 - 2010

Tahun demi tahun kini seramai 80 orang penghafaz Al-Quran telah berjaya menamatkan hafazan dengan jayanya, serta membantu pihak Maahad Tahfiz Kiblah dalam melahirkan lebih ramai Penghafaz Al-Quran.

Tahun 2011

Maahad Tahfiz Kiblah Perempuan mula diperkenalkan dengan jumlah kemasukan pelajar seramai 25 orang. Pada tahun 2011 sahaja Maahad Tahfiz Kiblah mempunyai pelajar seramai 85 orang.

Pada Julai 2011, Maahad Tahfiz Kiblah telah menubuhkan sebuah Laman Web Rasminya yang mampu memberi input pada seluruh masyarakat serta membantu Ibu Bapa / Penjaga pelajar untuk memantau Rekod Hafazan, Pembelajaran, Disiplin, & Yuran dengan mudah dan pantas sesuai dengan perkembangan semasa.

Tahun 2012

Pada tahun ini Maahad Tahfiz Kiblah berhasrat agar permintaan Penghafaz Al-Quran mampu mencecah sehingga 150 orang bagi melahirkan lebih ramai lagi Penghafaz Al-Quran di zaman yang seba moden ini supaya Al-Quran itu dapat dipelihara dengan baik.

Tahun 2013

Maahad Tahfiz Kiblah memulakan operasinya di bangunan baru bertempat di Kompleks Pendidikan Kiblah, Lot 30774, Lorong Sentosa, Kg. Jenderam Hilir, 43800 Sepang, Selangor.

Operasi perpindahan bermula pada awal Disember 2012


Tahun 2014

Maahad Tahfiz Kiblah sekali lagi melakarkan sejarah apabila memperkenalkan tenaga pengajar baru, yang di ambil dari timur tengah bagi mempertingkatkan lagi kualiti, mutu dan profesion hafaan di kalangan pelajar.

 

Tetamu Sedang Online

Perutusan Mudir

mudir

TUAN HAJI ISMAIL BIN OMAR

KLIK DI SINI

Waktu Melawat Anak

Berikut merupakan Waktu Ibu Bapa / penjaga Melawat anak :

Sabtu : 2.00 pm - 6.00 ptg
Ahad  : 10.00 pg - 6.00 ptg

Selain daripada hari dan waktu yang dinyatakan, para ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan melawat anak masing-masing melainkan terdapat hal kecemasan sahaja.

Peringatan ini diberikan kerana terdapat segelintir ibu bapa yang sering datang ke sekolah melawat anak-anak pada hari pesekolahan dan ada pula yang menunggu anak-anak mereka sehingga ke malam. Tindakan ini boleh mengganggu konsentrasi pelajar untuk mengikuti program-program anjuran sekolah.


Mari Tunaikan Solat

Pautan Rangkaian

Sekolah Kiblah                  

Sekolah Rendah Islam Kiblah

Facebook MTK

logo tahfiz


PENAFIAN

Pihak Pengurusan Maahad Tahfiz Kiblah adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang kerosakan atau kehilangan yang berlaku adalah di bawah tanggungan sendiri.

Dapatkan Koleksi Gambar di